Mandilah pada hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

اغتسلوا يوم الجمعة، فإنه من اغتسل يوم الجمعة فله كفارة ما بين الجمعة إلى الجمعة، وزيادة ثلاثة أيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mandilah pada hari Jumaat kerana sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, ia menjadi kaffarah baginya antara Jumaat tersebut sehingga Jumaat seterusnya dan penambahan untuk tiga hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1202, hadis nombor 6106. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم: اغتسلوا يوم الجمعة، فإنه من اغتسل يوم الجمعة فله كفارة ما بين الجمعة إلى الجمعة، وزيادة ثلاثة أيام.
[طس، طب، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (2848)]

(Lemah)
Daripada Abi Umamah RA daripada Nabi SAW: Mandilah pada hari Jumaat kerana sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, ia menjadi kaffarah baginya antara Jumaat tersebut sehingga Jumaat seterusnya dan penambahan untuk tiga hari.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2848]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs