TEKS BAHASA ARAB
الخلق عيال الله، فأحب عياله ألطفهم بأهله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Makhluk-makhluk di bumi itu orang yang ditanggung oleh Allah SWT. Maka tanggungannya yang paling Allah SWT sayang adalah yang paling lemah lembut dengan ahli keluarganya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 111, hadis nombor 572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن عبدالله بن مسعود – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: الخلق عيال الله، فأحب عياله ألطفهم بأهله.
[عد، ((الضعيفة)) (5735)]
(Munkar)
Daripada ‘Abdullah ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Makhluk-makhluk di bumi itu orang yang ditanggung oleh Allah SWT. Maka tanggungannya yang paling Allah SWT sayang adalah yang paling lemah lembut dengan ahli keluarganya.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5735]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.