Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عن نافع قال: سافرت مع ابن عمر، فلما كان آخر الليل قال: يا نافع طلعت الحمراء؟ قلت: لا (مرتين أو ثلاثة) ، ثم قلت: قد طلعت، قال: لا مرحبا بها وأهلا، قلت: سبحان الله، نجم سامع مطيع؟ قال: ما قلت لك إلا ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: فذكره بتمامه، لكن ليس عند ابن جرير: " إن الملائكة قالت: يا رب كيف صبرك على بني آدم في الخطايا والذنوب؟ قال: إني ابتليتهم وعافيتكم، قالوا لوكنا مكانهم ما عصيناك، قال فاختاروا ملكين منكم، فلم يألوا أن يختاروا، فاختاروا هاروت وماروت، فنزلا، فألقى الله تعالى عليهما الشبق، قلت: وما الشبق؟ قال: الشهوة، قال: فنزلا، فجاءت امرأة يقال لها الزهرة، فوقعت في قلوبهما، فجعل كل واحد منهما يخفي عن صاحبه ما في نفسه، فرجع إليها، ثم جاء الآخر، فقال: هل وقع في نفسك ما وقع في قلبي؟ قال: نعم، فطلباها نفسها، فقالت: لا أمكنكما حتى تعلماني الاسم الذي تعرجان به إلى السماء وتهبطان، فأبيا، ثم سألاها أيضا فأبت، ففعلا فلما استطيرت طمسها الله كوكبا وقطع أجنحتها، ثم سألا التوبة من ربهما، فخيرهما، فقال: إن شئتما رددتكم إلى ما كنتما عليه، فإذا كان يوم القيامة عذبتكما، وإن شئتما عذبتكما في الدنيا فإذا كان يوم القيامة رددتكما إلى ما كنتما عليه، فقال أحدهما لصاحبه: أن عذاب الدنيا ينقطع ويزول، فاختارا عذاب الدنيا على الآخرة، فأوحى الله إليهما أن ائتيا بابل، فانطلقا إلى بابل فخسف بهما، فهما منكوسان بين السماء والأرض معذبان إلى يوم القيامة "
Teks Bahasa Melayu
Daripada Nafi’, beliau berkata: Aku bermusafir dengan Ibn Umar lalu apabila tibanya akhir malam dia akan bertanya: Wahai Nafi’, adakah telah keluar kemerahan? Aku menjawab: Tidak (sebanyak dua kali atau tiga kali). Kemudian aku berkata: Ia sudah naik. Ibn Umar berkata: Ia tidak perlu dialu-alukan. Aku pun berkata: Maha suci Allah: Adakah bintang itu mendengar dan taat? Beliau menjawab: Aku tidak berkata kepadamu melainkan apa yang telah aku dengar daripada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: “Sesungguhnya malaikat berkata: Wahai Tuhan, bagaimana kamu bersabar dengan anak-anak Adam yang melakukan kesalahan dan dosa? Allah menjawab: Sesungguhnya aku menguji mereka dan memberi mereka keafiyatan. Malaikat berkata: Jika kami yang berada di tempat mereka, kami tidak akan melakukan maksiat terhadap-Mu. Allah menjawab: Pilihlah dua malaikat daripada kalangan kamu. Ketika mereka tidak berhenti-henti memilih, akhirnya mereka memilih Harut dan Marut. Maka kedua malaikat ini turun dan Allah SWT telah melemparkan al-Shabaq (rasa keinginan) kepada mereka. Lalu aku bertanya: Dan apakah itu al-Shabaq? Rasulullah menjawab: Syahwat dan berkata lagi: Maka kedua malaikat ini turun dan telah datang seorang perempuan yang bernama Zuhrah yang memanah kedua hati mereka. Setiap seorang daripada mereka menyembunyikan apa yang mereka rasa dalam diri mereka. Dan salah seorang daripada mereka pergi ke wanita tersebut kemudian datang yang seorang lagi lalu berkata: Adakah hatimu merasa sepertimana hatiku rasa? Dia menjawab: Ya. Maka kedua-duanya meminta keinginan kepada wanita tersebut lalu dia menjawab: Tidak mungkin aku bersama kamu berdua sehingga kamu mengajarku nama benda yang kamu gunakan untuk naik ke langit dan turun darinya. Mereka berdua enggan melakukannya dan memintanya perkara yang sama. Dia juga enggan bersama mereka lalu kedua malaikat ini melakukan apa yang diminta wanita tersebut. Apabila dia terbang, Allah menghapuskan wanita itu menjadikan bintang dan memotong sayapnya. Kemudian kedua malaikat tersebut memohon taubat keampunan daripada Tuhan mereka. Allah berkata: Jika kamu menghendaki, aku akan mengembalikan kamu berdua seperti sebelum ini tetapi pada hari kiamat akan aku mengazab kamu. Dan jika kamu inginkan, Aku akan mengazab kamu di dunia ini dan mengembalikanmu seperti sebelum pada hari kiamat. Maka salah seorang daripada mereka berkata: Sesungguhnya azab dunia ini akan berhenti dan hilang. Lalu mereka berdua memilih azab dunia di atas akhirat. Lalu Allah mewahyukan kepada mereka untuk pergi ke Babil, dan mereka pun pergi ke tempat tersebut dan dibenam oleh Babil. Kedua mereka dalam keadaan terbalik di antara langit dan bumi serta diazab hinggalah hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1660-1661, hadis no. 8384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh, Ibn Jarir. Ia batil secara marfu'.
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman