Langitku tidak dapat menampungku, tidak juga bumiku. Akan tetapi jiwa hambaku yang mukmin dapat menampung aku

TEKS BAHASA ARAB

أنه تعالى قال: "ما وسعني سماواتي ولا أرضي، ولكن وسعني قلب عبدي المؤمن".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Allah SWT telah berkata: "Langitku tidak dapat menampungku, tidak juga bumiku. Akan tetapi jiwa hambaku yang mukmin dapat menampung aku".

STATUS

Tidak ditemui asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 102, hadis nombor 85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: هو مذكور في الإسرائيليات وليس له إسناد معروف.
ومعناه: الإيمان بي ومحبتي ومعرفتي. وإلا فمن قال: إن ذات الله تحل في قلوب الناس فهو أكفر من النصارى الذين خصوا ذلك بالمسيح وحده.

Ibn Taimiyyah telah berkata: Ia dinyatakan di dalam riwayat Israiliyyat, dan tiada sanad yang diketahui baginya.
Manakala maknanya: Keimanan kepadaku, kecintaan akan daku, dan makrifat berkenaanku. Jika tidak, sesiapa yang mengatakan: Sesungguhnya zat Allah itu berada pada jiwa-jiwa manusia, maka dia lebih kufur daripada puak Nasrani yang mengkhususkan perkara tersebut (keberadaan Allah pada makhluk) pada al-Masih (Nabi Isa AS).

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs