TEKS BAHASA ARAB
لو ترك أحد لأحد؛ ترك ابن المقعدين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kalaulah (boleh) ditinggalkan (tidak mati) seseorang kerana seseorang, maka anak lelaki pasangan cacat inilah yang harus tinggal.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1339, hadis nombor 6844. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: كان بمكة مقعدان لهما ابن شاب، فكان إذا أصبح نقلهما فأتى بهما المسجد، فكان يكتسب عليهما يومه، فإذا كان المساء احتملهما فأقبل بهما، فافتقده رسول الله صلى الله عليه وسلم فسأل عنه، فقال: مات ابنهما، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لو ترك أحد لأحد؛ ترك ابن المقعدين.
[طس، ((الضعيفة)) (4352)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Di Mekah, terdapat sepasang suami isteri (cacat) yang mempunyai seorang anak lelaki yang dewasa. Apabila waktu pagi, pemuda itu memindahkan kedua ibubapanya dan membawa keduanya ke masjid. Pemuda itu sentiasa berusaha memenuhi keperluan ibubapanya sepanjang hari. Apabila tiba waktu petang, dia membawa mereka berdua dan menghadap mereka berdua. Rasulullah SAW pun merasa kehilangan pemuda itu, lalu bertanya tentangnya. Ibn ‘Umar pun berkata: Anak lelaki mereka berdua telah pun meninggal dunia. Rasulullah SAW pun bersabda: Kalaulah (boleh) ditinggalkan (tidak mati) seseorang kerana seseorang, maka anak lelaki pasangan cacat inilah yang harus tinggal.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4352]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.