TEKS BAHASA ARAB
لما عزي رسول الله صلى الله عليه وسلم على رقية امرأة عثمان ابن عفان قال: " الحمد لله، دفن البنات من المكرمات
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika Rasulullah SAW diucapkan takziah atas kematian Ruqayyah isteri Uthman bin ‘Affan, baginda bersabda: “Segala puji bagi Allah, mengebumikan anak perempuan (jenazah) merupakan salah satu daripada bentuk kemuliaan.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1717, hadis nombor 8630. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن ابن عباس رضي الله عنهما، (موضوع)، [الفسوي، طب، طس، الطبراني في "مسند الشاميين"، البزار، المهراني في "الفوائد المنتخبة"، خط، القضاعي، ابن عساكر، "الضعيفة" (8630)
Riwayat al-Fasawi, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Tabarani dalam musnad al-Syamiyyin, al-Bazzar, al-Mihrani dalam al-Fawaid al-Muntakhabah, al-Khatib dalam al-Tarikh, al-Qudha’iy dan Ibn Asakir
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.