TEKS BAHASA ARAB
لما أسري بي دخلت الجنة، فناولني جبريل تفاحة، فانفلقت بنصفين فخرجت منها حوراء فقلت لها لمن أنت فقالت لعلي بن أبي طالب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ketika peristiwa Israk, aku masuk ke dalam syurga. Lalu Jibril mengambil epal untuk aku dan ia terbelah kepada dua bahagian. Maka keluarlah bidadari daripada epal tersebut. Aku bertanya kepadanya: Kamu ini untuk siapa? Bidadari itu menjawab: Untuk Ali Bin Abu Talib.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1912, hadis nombor 9605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي سعيد رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لما أُسْرِيَ بي دخلت الجنةَ، فناوَلَنِي جبريلُ ئفاحَةً، فانْفَلَقَتْ بنصفين، فخرجتْ منها حَوْرَاءُ، فقلتُ لها: لِمَنْ أنتِ؟ فقالتْ: لعلي بنِ أبي طالبٍ.
[خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5620)]
(Palsu)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ketika peristiwa Israk, aku masuk ke dalam syurga. Lalu Jibril mengambil epal untuk aku dan ia terbelah kepada dua bahagian. Maka keluarlah bidadari daripada epal tersebut. Aku bertanya kepadanya: Kamu ini untuk siapa? Bidadari itu menjawab: Untuk Ali Bin Abu Talib.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5620]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.