Ketika aku diisrakkan aku masuk ke dalam syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما أسري بي دخلت الجنة، فناولني جبريل تفاحة، فانفلت بنصفين، فخرجت منها حوراء، فقلت لها: لمن أنت؟ فقالت: لعلي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika aku diisrakkan aku masuk ke dalam syurga. Lalu Malaikat Jibril AS memberikan sebiji epal kepadaku, lalu ia terbelah dua, sehingga keluar daripadanya seorang bidadari. Lalu aku bertanya: “Untuk siapakah engkau?” Dia menjawab: “Untuk ‘Ali bin Abu Talib”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 524, hadis nombor 2779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « لما أسري بي دخلت الجنة، فناولني جبريل تفاحة، فانفلت بنصفين، فخرجت منها حوراء، فقلت لها: لمن أنت؟ فقال: لعلي بن أبي طالب».
[خط، ابن الجوزي، «الضعيفة»، (5620)].

(Palsu) Daripada Abu Sa‘id RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Ketika aku diisrakkan aku masuk ke dalam syurga. Lalu Malaikat Jibril AS memberikan sebiji epal kepadaku, lalu ia terbelah dua, sehingga keluar daripadanya seorang bidadari. Lalu aku bertanya: “Untuk siapakah engkau?” Dia menjawab: “Untuk ‘Ali bin Abu Talib”.”
[Riwayat Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād, Ibnu al-Jauzi dalam kitab al-Maudu'at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5620]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.