Kesemua mereka adalah untuk syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

هؤلاء للجنة ولا أبالي وهؤلاء للنار ولا أبالي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kesemua mereka adalah untuk syurga dan Aku tidak peduli, manakala kesemua mereka adalah untuk neraka dan Aku juga tidak peduli.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«هَؤُلاءِ لِلْجَنَّةِ وَلا أُبَالِي وَهَؤُلاءِ لِلنَّارِ وَلا أُبَالِي» مُضْطَرِبُ الإِسْنَادِ.

“Kesemua mereka adalah untuk syurga dan Aku tidak peduli, manakala kesemua mereka adalah untuk neraka dan Aku juga tidak peduli”. Hadis ini miliki sanad yang mudtarib (berkecamuk).

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.