Kemudahan itu adalah satu keberkatan, manakala kesusahan itu adalah satu kecelakaan

TEKS BAHASA ARAB

اليسر يمن، والعسـر شؤم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemudahan itu adalah satu keberkatan, manakala kesusahan itu adalah satu kecelakaan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 744, hadis nombor 3811. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سعيد بن جبير، قال: كنت ما أحب هذه الكلمة الا منول (كذا) حتى حدثني الثقة عن رسول الله ﷺ: «اليسر يمن، والعسـر شؤم»،
[فر، «الضعيفة» (4835)]

(Sangat Lemah)
Daripada Said bin Jubair berkata: Aku sebenarnya tidak menyukai perkataan ini seperti ini sehingga diceritakan kepada aku seorang yang dipercayai dari Rasulullah SAW: Kemudahan itu adalah satu keberkatan, manakala kesusahan itu adalah satu kecelakaan.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4835]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs