Kelebihan bunga violet

TEKS BAHASA ARAB

حديث: فضل البنفسج على الأدهان كفضل الإسلام على الأديان.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kelebihan [minyak] bunga violet, berbanding minyak-minyak lain (minyak dari haiwan dan tumbuhan), adalah seperti kelebihan Islam berbanding agama-agama yang lain.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 196, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


تقدم في الأطعمة وهو موضوع وله طرق أوردها في اللآلىء.

Seperti mana kita sebutkan sebelum ini dalam bab makanan dan ia palsu, baginya pelbagai jalan riwayat yang disebutkan dalam kitab al-La’ali’.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs