TEKS BAHASA ARAB
حديث فضل شهر رجب على الشهور، كفضل القرآن على سائر الكلام وفضل شهر شعبان كفضلي على سائر الأنبياء وفضل شهر رمضان على الشهور كفضل الله على سائر العباد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain umpama kelebihan al-Quran berbanding seluruh kata-kata dan kelebihan bulan Sya’ban umpama kelebihanku berbanding seluruh para nabi dan kelebihan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain umpama kelebihan Allah berbanding seluruh para hamba.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 128, hadis nombor 206. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: إنه موضوع.
Kata Ibn Hajar: Ia benar-benar palsu.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.