TEKS BAHASA ARAB
همة العلماء الرعاية، وهمة السفهاء الرواية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Keinginan para ulama adalah ri’ayah (menjaga) suatu ilmu dan keinginan orang-orang bodoh adalah riwayat (menceritakan).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1247, hadis nombor 6364. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن الحسن موقوفا ومرفوعا: همة العلماء الرعاية، وهمة السفهاء الرواية.
[الخطيب في ((اقتضاء العلم العمل))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2263)]
(Palsu)
Daripada al-Hasan secara mawquf dan marfu’: Keinginan para ulama adalah ri’ayah (menjaga) suatu ilmu dan keinginan orang-orang bodoh adalah riwayat (menceritakan).
[Riwayat al-Khatib dalam Iqtida' al-'Ilm al-'Amal, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2263]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.