Kawasan di sekeliling sebuah telaga (yang boleh digunakan pemilik telaga) al-Badiy ialah 25 hasta

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حريم البئر البدي خمسة وعشرون ذراعاً، وحريم البئر العادية خمسون ذراعاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kawasan di sekeliling sebuah telaga (yang boleh digunakan pemilik telaga) al-Badiy ialah 25 hasta, manakala kawasan di sekeliling sebuah telaga (yang boleh digunakan pemilik telaga) al-Adiyah pula ialah 50 hasta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 772, hadis nombor 3944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – عن النبي ﷺ: «حريم البئر البدي خمسة وعشرون ذراعا، وحريم البئر العادية خمسون ذراعا». [قط، «الضعيفة» (1027)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW: “Kawasan di sekeliling sebuah telaga (yang boleh digunakan pemilik telaga) al-Badiy ialah 25 hasta, manakala kawasan di sekeliling sebuah telaga (yang boleh digunakan pemilik telaga) al-Adiyah pula ialah 50 hasta.” [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1027]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.