Kaabah pernah hilang

TEKS BAHASA ARAB

دثر مكان البيت فلم يحج هود ولا صالح حتى بوأه الله لإبراهيم

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kaabah pernah hilang, maka Nabi Hud dan Nabi Salih tidak mengerjakan haji sehinggalah Allah binakan semula untuk Nabi Ibrahim.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1064, hadis nombor 5427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عروة عن عائشة رضي الله عنها قالت: دثر مكان البيت فلم يحج هود ولا صالح حتى بوأه الله لإبراهيم. قال عروة: قلت لعائشة: عن رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قالت: عن رسول الله صلى الله عليه وسلم. [الحربي في المناسك، الضعيفة 5446]

(Sangat lemah): Daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Kaabah pernah hilang, maka Nabi Hud dan Nabi Salih tidak mengerjakan haji, sehinggalah Allah binakan semula untuk Nabi Ibrahim. ‘Urwah bertanya: Adakah ini daripada Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Ya, Daripada Rasulullah SAW. [Riwayat al-Harbi dalam al-Manasik. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no.5446]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs