Ka'abah akan didatangi oleh orang yang mengerjakan haji seramai 600,000 orang

TEKS BAHASA ARAB

إن الله وعد هذا البيت أن يحجه في كل سنة ست مئة ألف، فإن نقصوا أكملهم الله بالملائكة، وإن الكعبة تحشر كالعروس المزفوفة، كل من حجها يتعلق بأستارها، يسعون حولها حتى تدخل الجنة، فيدخلوا معها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah berjanji bahawa Ka’abah akan didatangi oleh orang yang mengerjakan haji seramai 600,000 orang, jika bilangan mereka tidak cukup, Allah akan menyempurnakan bilangan tersebut dengan malaikat. Ka’abah pula akan dikerumuni bak pengantin baru. Sesiapa yang melakukan haji padanya akan berpaut dengan kain kelambunya dan bertawaf di sekelilingnya sehingga dia memasuki syurga lalu ia masuk bersamanya.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 63, hadis nombor 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العراقي: لم أجد له أصلا.

Al-Iraqi berkata: Tidak ada asalnya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.