TEKS BAHASA ARAB
لو كان المؤمن في ذروة جبل قيض الله له من يؤذيه أو شيطانا يؤذيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika seseorang mukmin itu berada di puncak gunung sekalipun, nescaya Allah akan mengutuskan seseorang untuk menyakitinya atau seekor syaitan untuk menyakitinya.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 105, hadis nombor 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن تيمية: ليس هذا من كلام النبي صلى الله عليه وسلم.
Ibn Taimiyyah telah berkata: Ini bukan daripada ucapan Nabi SAW.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.