TEKS BAHASA ARAB
إذا دخلت على مريض فمره أن يدعو لك، فإن دعاءه كدعاء الملائكة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu pergi menjenguk orang sakit maka mintalah dia mendoakan kamu kerana sesungguhnya doanya seperti doa malaikat (diterima).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1722, hadis nombor 8657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عمر ابن الخطاب -رضي الله عنه- قال: قال لي رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا دخلت على مريض فمره أن يدعو لك، فإن دعاءه كدعاء الملائكة.)) [هـ، ((الضعيفة)) (1004)].
(Sangat Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA beliau berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: ((Jika kamu pergi menjenguk orang sakit maka mintalah dia mendoakan kamu kerana sesungguhnya doanya seperti doa malaikat (diterima).))
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1004].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.