TEKS BAHASA ARAB
إذا عمل أحدكم عملا فليتقنه، فإنه مما يسلي بنفس المصاب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu melakukan sesuatu amalan maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh, kerana ia akan memberikan kegembiraan kepada diri orang yang terkena musibah.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 605, hadis nombor 3137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عطاء، قال: لما سوي جدثه (يعني إبراهيم بن محمد عليه السلام) كأن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى كالحجر في جانب الجدث، فجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يسوي بأصبعه ويقول: ((إذا عمل أحدكم عملا فليتقنه، فإنه مما يسلي بنفس المصاب)). [ابن سعد في ((الطبقات))، ((الضعيفة)) (2647)]
(Sangat lemah)
Daripada Ata’ beliau berkata: Ketika mana diratakan kuburnya (Ibrahim bin Muhammad), seolah-olah Rasulullah SAW melihat sesuatu seperti batu di sebelah kubur, lalu Rasulullah SAW meratakannya dengan jarinya dan bersabda: ((Jika kamu melakukan sesuatu amalan maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh, kerana ia akan memberikan kegembiraan kepada diri orang yang terkena musibah.))
[Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.2647].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.