Jika kalian melakukan solat sehingga badan kalian menjadi seperti

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لو صليتم حتى تكونوا كالحنايا وصمتم حتى تكونوا كالأوتار وكان الاثنان أحب إليكم من الواحد لم تبلغوا الاستقامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Jika kalian melakukan solat sehingga badan kalian menjadi seperti al-Hanaya (batang kayu yang dibengkokkan) dan kalian berpuasa sehingga menjadi seperti tali busur, dan kedua-duanya lebih kalian sukai daripada satu, kalian belum mencapai istiqamah.”

STATUS

Sanadnya tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 151, hadis nombor 447. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لَو صليتم حَتَّى تَكُونُوا كالحنايا، وصمتم حَتَّى تَكُونُوا كالأوتار، وَكَانَ الِاثْنَان أحب إِلَيْكُم من الْوَاحِد لم تبلغوا الاسْتقَامَة. فِي سَنَده مُحَمَّد بن فَارس الْبَلْخِي، قَالَ فِيهِ الذَّهَبِيّ: لَا يعرف، وَقد أَتَى بِخَبَر بَاطِل مسلسل بالزهاد. يَعْنِي: هَذَا الحَدِيث.

Hadith: “Jika kalian melakukan solat sehingga badan kalian menjadi seperti al-Hanaya (batang kayu yang dibengkokkan) dan kalian berpuasa sehingga menjadi seperti tali busur, dan kedua-duanya lebih kalian sukai daripada satu, kalian belum mencapai istiqamah.”
Dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Faris al-Balkhi. al-Zahabi memberi komentar terhadapnya: Tidak dikenali dan dia telah meriwayatkan khabar batil yang diriwayatkan dengan sanad musalsal dengan perawi zuhud, yakni hadith ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.