Jika engkau telah memberi suatu sedekah, maka biarkanlah ia (usah didapatkan kembali)

TEKS BAHASA ARAB

إذا تصدقت بصدقة، فأمضها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika engkau telah memberi suatu sedekah, maka biarkanlah ia (usah didapatkan kembali).

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 870, hadis nombor 4453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عريف بن سريع حدثه: أن رجلا سأل ابن عمرو بن العاص -رضي الله عنه-، فقال: يتيم كان في حجري، تصدقت عليه بجارية، ثم مات، وأنا وارثه؟ فقال له عبد الله بن عمر: سأخبرك بما سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم: حمل عمر بن الخطاب على فرس في سبيل الله، ثم وجد صاحبه قد أوقفه يبيعه، فأراد أن يشتريه، فسأل رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فنهاه عنه، وقال: ((إذا تصدقت بصدقة، فأمضها)). [حم، تخ، ((الضعيفة)) (2439)].

(Lemah)
Daripada (Abu ‘Ufair) Arif bin Sari’ berkata: Seorang lelaki bertanya kepada Ibn Amru bin Al-‘As RA, dia berkata: Ada seorang yatim dirumahku, aku pernah bersedekah kepadanya seorang hamba perempuan, kemudian dia meninggal, adakah aku warisnya? Maka Abdullah bin Amru berkata kepadanya: Aku akan khabarkan kepada kamu apa yang aku dengar dari Rasulullah SAW: Umar bin al-Khattab telah menyedekahkan seekor kuda pada jalan Allah, kemudian beliau bertembung dengan pemiliknya yang sedang bersedia untuk menjualnya, maka beliau (Umar) mahu membelinya semula, (namun sebelum beliau berbuat demikian, beliau (terlebih dahulu) bertanya akan hal itu kepada Rasulullah SAW lalu baginda SAW melarang beliau dari berbuat demikian. Baginda SAW bersabda: “Jika engkau telah memberi suatu sedekah, maka biarkanlah ia (usah didapatkan kembali).”
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya dan al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2439].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs