Jika engkau melalui satu negeri yang tidak mempunyai pemimpin

TEKS BAHASA ARAB

إذا مررت ببلدة ليس فيها سلطان فلا تدخلها، إنما السلطان ظل الله ورمحه في الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika engkau melalui satu negeri yang tidak mempunyai pemimpin maka janganlah engkau memasukinya kerana pemimpin ialah bayang-bayang dan tombak Allah di bumi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 831, hadis nombor 4268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا مررت ببلدة ليس فيها سلطان فلا تدخلها، إنما السلطان ظل الله ورمحه في الأرض)).
[عباس الترقفي في ((حديثه))، هق، هب، ((الضعيفة)) (2504)]

(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika engkau melalui satu negeri yang tidak mempunyai pemimpin maka janganlah engkau memasukinya kerana pemimpin ialah bayang-bayang dan tombak Allah di bumi.
[Riwayat ‘Abbās al-Tarqufī dalam hadisnya, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan Syu’ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2504]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.