TEKS BAHASA ARAB
لو تعلم البهائم من الموت ما يعلم ابن آدم؛ ما أكلتم منها سميناً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika binatang ternakan mengetahui mati sepertimana anak Adam mengetahuinya, kamu tidak akan dapat makan darinya yang gemuk (kerana takutkan kematian).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1745, hadis nombor 8795. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أم حبيبة الجهنية مرفوعا: ((لو تعلم البهائم من الموت ما يعلم ابن آدم؛ ما أكلتم منها سميناً.)) [ابن الأعرابي، القضاعي، ((الضعيفة)) (4353)]
(Sangat Lemah)
Daripada Umm Habibah al-Juhaniyyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika binatang ternakan mengetahui mati sepertimana anak Adam mengetahuinya, kamu tidak akan dapat makan darinya yang gemuk (kerana takutkan kematian).))
[Riwayat Ibn al-A'rabi dan al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4353].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.