Jari telunjuk Nabi SAW lebih panjang daripada jari tengah baginda

TEKS BAHASA ARAB

سبابة النبي صلى الله عليه وسلم كانت أطول من الوسطى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jari telunjuk Nabi SAW lebih panjang daripada jari tengah baginda.

STATUS

Tidak Sabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 111, hadis nombor 152. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: غلط ممن قال به وإنما كان ذلك في أصابع رجليه.

Ibn Hajar berkata: Ia adalah satu kesilapan daripada orang yang mengatakannya. Ia sebenarnya adalah berkaitan jari kaki baginda.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs