Janganlah kamu mencela dunia

TEKS BAHASA ARAB

لا تسبوا الدنيا؛ فنعم مطية المؤمن، عليها يبلغ الخير، وبها ينجو من الشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kamu mencela dunia, kerana ia sebaik-baik tunggangan bagi orang beriman. Orang beriman memperoleh kebaikan dengannya, juga menyelamatkan diri daripada keburukan dengannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2044, hadis nombor 10285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تَسُبُّوا الدنيا؛ فنِعْمَ مَطِيَّةُ المؤمنِ، عليها يَبْلُغُ الخيرَ، وبها يَنْجُو من الشَّرِّ.
[الشاشي في ((المسند))، عد، الضياء المقدسي في ((جزء من حديث أبي نصر العكبري))، ((الضعيفة)) (5420)]

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu mencela dunia, kerana ia sebaik-baik tunggangan bagi orang beriman. Orang beriman memperoleh kebaikan dengannya, juga menyelamatkan diri daripada keburukan dengannya.
[Riwayat al-Syasyi dalam al-Musnad, Ibn 'Adi, al-Dhiya' al-Maqdisi dalam Juz' Min Hadith Abu Nasr al-'Ukbari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5420]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs