Jangan kalian mencela ahli Syam,

TEKS BAHASA ARAB

 لا تَسُبُّوا أَهْلَ الشَّامِ فَإِنَّ فِيهِمُ الْبُدَلاءَ كُلَّمَا مَاتَ رَجُلٌ مِنْهُمْ أَبْدَلَ اللَهُ مَكَانَهُ رَجُلا آخَرَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kalian mencela ahli Syam, sesungguhya ada dalam kalangan mereka wali-wali badal, setiap kali mati salah seorang daripada mereka, Allah akan menggantikan seorang lelaki yang lain.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Di antara hadis palsu juga ialah hadis tentang wali al-Abdal, al-Aqtab, al-Aghwath, an-Nuqaba’, an-Nujaba’, dan al-Awtad. Semuanya batil atas nama Rasulullah SAW.

Hadis yang paling hampir tentang isu tersebut ialah hadis berikut:
لا تَسُبُّوا أَهْلَ الشَّامِ فَإِنَّ فِيهِمُ الْبُدَلاءَ كُلَّمَا مَاتَ رَجُلٌ مِنْهُمْ أَبْدَلَ اللَهُ مَكَانَهُ رَجُلا آخَرَ
Jangan kalian mencela ahli Syam, sesungguhya ada dalam kalangan mereka wali-wali badal, setiap kali mati salah seorang daripada mereka, Allah akan menggantikan seorang lelaki yang lain.

Imam Ahmad berkata. Hadis ini juga tidak sahih, ia terputus (munqati’).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon