Jagalah tiga perkara ini sebagaimana Rasulullah SAW menjaganya

TEKS BAHASA ARAB

لا تسأل الرجل فيم يضرب امرأته، ولا تسأله عمن يعتمد من إخوانه ولا يعتمدهم، ولا تنم إلا على وتر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kamu bertanyakan sebab seorang suami yang memukul isterinya, dan jangan mempersoalkannya tentang siapa yang dia percayakan berbanding rakannya yang lain dan sebaliknya, begitu juga jangan kamu tidur melainkan setelah menunaikan solat witir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 947, hadis nombor 4883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الأشعث بن قيس، قال: تضيفت عمر بن الخطاب – رضي الله عنه-، فقام في بعض الليل، فتناول امرأته فضربها، ثم ناداني: يا أشعث! قلت: لبيك! قال: احفظ عني ثلاثا حفظتهن عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لا تسأل الرجل فيم يضرب امرأته، ولا تسأله عمن يعتمد من إخوانه ولا يعتمدهم، ولا تنم إلا على وتر)).
[هــ، ابن نصر، الحاكم، حم، ((الضعيفة)) (4776)].

(Lemah)
Daripada al-Ash’as bin Qais berkata: Aku telah menziarahi Umar bin al-Khattab RA dan aku mendapatinya bersembahyang pada waktu malam kemudian memanggil isterinya lalu memukulnya. Setelah itu Umar menyeru kepadaku: “Wahai Ash’as!”. Aku membalasnya: “Aku mendengarkan engkau”. Umar berkata: “Jagalah tiga perkara sebagaimana Rasulullah SAW menjaganya: Jangan kamu bertanyakan sebab seorang suami yang memukul isterinya, dan jangan mempersoalkannya tentang siapa yang dia percayakan berbanding rakannya yang lain dan sebaliknya, begitu juga jangan kamu tidur melainkan setelah menunaikan solat witir”.
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ibn Nasr, Al-Hakim, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4776].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.