Jadilah orang yang ditengah, jauhilah menjadi orang yang disisi

TEKS BAHASA ARAB

كن وسطا وامش جانبا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jadilah orang yang ditengah, jauhilah menjadi orang yang disisi.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 143, hadis nombor 418. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: كن ذَنبا وَلَا تكن رَأْسا، فَإِن الرَّأْس يهْلك والذنب يسلم. لَيْسَ بِحَدِيث. وَكَذَا قَوْلهم: كن وسطا وامش جانبا.

Hadith: “Jadilah kamu pengikut, jangan menjadi ketua, kerana ketua itu akan binasa manakala pengikut akan selamat”.
Ia bukan hadith. Demikian juga kata mereka: “Jadilah orang yang ditengah, jauhilah menjadi orang yang disisi”.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs