Iman itu sentiasa bertambah dan berkurang

TEKS BAHASA ARAB

الإيمان يزيد وينقص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iman itu sentiasa bertambah dan berkurang.

STATUS

Baik

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي الوجيز معاذ بن جبل «الإيمان يزيد وينقص» أعله بعماد بن مطرف منكر الحديث: قلت قد أخرجه أحمد وأبو داود من وجه آخر جيد عن معاذ وسكت عليه أبو داود فهو صالح عنده وله شواهد عن أبي هريرة وابن عباس وأبي الدرداء موقوفا.

Di dalam al-Wajiz, hadis riwayat Muaz bin Jabal "Iman itu sentiasa bertambah dan berkurang", ia dinilai oleh al-Suyuti sebagai cacat kerana ada ‘Imad Bin Muttarif. Justeru, ia adalah hadis munkar. Aku katakan: Hadis ini direkodkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dengan jalan lain berstatus baik (jayyid) diriwayatkan oleh Muaz. Bahkan Abu Daud tidak memberi apa-apa komentar berkenaan hadis ini, maka ia adalah hadis yang diterima di sisi Abu Daud. Hadis ini juga mempunyai riwayat-riwayat sokongan (syawahid) yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Ibn ‘Abbas dan Abu Darda’ secara mawquf (terhenti kepada sahabat).

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs