Iman itu adalah simpulan dengan hati, pengakuan dengan lidah, dan perlaksanaan dengan anggota-anggota

TEKS BAHASA ARAB

الإيمان عقد بالقلب، وإقرار باللسان، وعمل بالأركان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Iman itu adalah simpulan dengan hati, pengakuan dengan lidah, dan perlaksanaan dengan anggota-anggota.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 95, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "الإيمان عقد بالقلب، وإقرار باللسان، وعمل بالأركان".
قال ابن الجوزي: موضوع.

Dan hadis: "Iman itu adalah simpulan dengan hati, pengakuan dengan lidah, dan perlaksanaan dengan anggota-anggota".
Ibn al-Jauzi telah berkata: Palsu.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs