Hendaklah kamu sentiasa beristirjā‘ (mengucapkan Inna Lillāh wa Inna Ilayh Rāji‘ūn)

TEKS BAHASA ARAB

‌ليسترجع أحدكم في كل شيء، حتى في شسع نعله [إذا انقطع]، فإنه من المصائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu beristirjā‘ (mengucapkan Inna Lillāh wa Inna Ilayh Rāji‘ūn) dalam setiap perkara, walaupun dalam perkara remeh seperti terputusnya tali kasut, kerana sesungguhnya ia termasuk sebahagian daripada musibah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 114, hadis nombor 592. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌ضعيف جدا)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ليسترجع أحدكم في كل شيء، حتى في شسع نعله [إذا انقطع]، فإنه من المصائب.
[مسدد، ((الضعيفة)) (5595)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Hendaklah kamu beristirjā‘ (mengucapkan Inna Lillāh wa Inna Ilayh Rāji‘ūn) dalam setiap perkara, walaupun dalam perkara remeh seperti terputusnya tali kasut, kerana sesungguhnya ia termasuk sebahagian daripada musibah.
[Riwayat Musaddad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5595]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.