Hendaklah kalian melazimi (melakukan) siwak

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالسواك، فنعم الشيء السواك، يذهب بالحفر، وينزع البلغم، ويجلو البصر، ويشد اللثة، ويذهب بالبخر، ويصلح المعدة، ويزيد في درجات الجنة، وتحمده الملائكة، ويرضي الرب، ويسخط الشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian melazimi (melakukan) siwak, sebaik-baik nikmat sesuatu itu adalah siwak, boleh menghilangkan warna kuning pada gigi, menghilangkan kahak, menajamkan penglihatan (mata), menguatkan daging pada gusi, menghilangkan bau busuk pada mulut, memperelok (menjadikan) perut dalam keadaan yang baik, meningkatkan darjat syurga, malaikat memujinya, Allah meredhai dan syaitan akan membencinya (syaitan berasa tidak puas jiwanya) terhadap mereka yang bersiwak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis nombor 5962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بالسواك، فنعم الشيء السواك، يذهب بالحفر، وينزع البلغم، ويجلو البصر، ويشد اللثة، ويذهب بالبخر، ويصلح المعدة، ويزيد في درجات الجنة، وتحمده الملائكة، ويرضي الرب، ويسخط الشيطان)). [القاضي عبد الجبار الخولاني في ((تاريخ داريا))، ((الضعيفة)) (3852)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi (melakukan) siwak ataupun bersiwak, maka sebaik-baik sesuatu nikmat adalah siwak, boleh menghilangkan warna kuning pada gigi, kerana menghilangkan kahak, menajamkan penglihatan (mata), menguatkan daging pada gusi, menghilangkan bau busuk pada mulut, memperelok (menjadikan) perut dalam keadaan yang baik, meningkatkan darjat syurga, malaikat memujinya, Allah meredhai dan syaitan akan membencinya (syaitan berasa tida puas jiwanya) terhadap mereka yang bersiwak.
[Riwayat al-Qadhi ‘Abdul Jabbar al-Khulani dalam Tarikh al-Daraya. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 3852]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs