Hendakkah kamu aku tunjukkan mereka yang paling kuat daripada kalangan kamu? Iaitu mereka yang paling mampu mengawal dirinya ketika marah

TEKS BAHASA ARAB

ألا أدلكم على أشدكم؟ أملككم لنفسه عند الغضب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendakkah kamu aku tunjukkan mereka yang paling kuat daripada kalangan kamu? Iaitu mereka yang paling mampu mengawal dirinya ketika marah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 53, hadis nombor 223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – أن النبي مر على قوم يرفعون حجرا، فقال: ما هذا؟ قالوا: يا رسول الله! حجر كنا نسميه في الجاهلية حجر الأشداء. فقال: ((ألا أدلكم على أشدكم؟ أملككم لنفسه عند الغضب)). [الطبراني في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (3360)].

(Lemah)
Daripada Anas RA: Nabi SAW pada suatu hari telah melalui sebuah kaum yang mengangkat batu. Lalu Baginda SAW telah bertanya:” Apakah ini? Mereka telah menjawab: “Wahai Rasulullah, ia adalah batu yang kami namakan ia pada zaman Jahiliyyah sebagai batu orang-orang yang kuat.” Lalu Baginda SAW telah bersabda: “Hendakkah kamu aku tunjukkan mereka yang paling kuat daripada kalangan kamu? Iaitu mereka yang paling mampu mengawal dirinya ketika marah.))
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam Makārim al-Akhlāq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3360].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs