TEKS BAHASA ARAB
حديث: يوم الأربعاء يوم نحس مستمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Hari Rabu adalah hari sial yang berpanjangan.
STATUS
Tiada asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 230, hadis nombor 740. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أخرجه الطبراني في الأوسط عن جابر، قال السخاوي: لا أصل له، وفي فضله والتنفير منه أحاديث كلها واهية.
Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat daripada Jabir. Al-Sakhawi berkata: Tiada asalnya. Berkenaan kelebihan dan keburukan hari ini terdapat beberapa hadith, semuanya lemah.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.