TEKS BAHASA ARAB
" من قدم إبريقا لمتوضئ فكأنما قدم جوادا مسرجا ملجما يقاتل عليه في سبيل الله ".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa yang telah memberikan bejana (bekas) untuk orang yang berwudhu, dia seolah-olah memberikan kuda perang yang lengkap berpelana (berperang) dan lagi terlatih untuk berperang di jalan Allah.
STATUS
Tidak dijumpai
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 123, hadis nombor 157. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا لَا يُعْرَفُ فِي شَيْءٍ مِنَ الْكُتُبِ.
Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini tidak diketahui daripada mana-mana kitab.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.