Golongan yang mati syahid itu ada empat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الشهداء أربعة: رجل مؤمن جيد الإيمان، لقي العدو فصدق الله فقتل، فذلك الذي ينظر الناس إليه هكذا: ورفع رأسه حتى سقطت قلنسوة رسول الله صلى الله عليه وسلم أو قلنسوة عمر والثاني: رجل مؤمن لقي العدو فكأنما يضرب ظهره بشوك الطلح، جاءه سهم غرب فقتله، فذاك في الدرجة الثانية والثالث: رجل مؤمن خلط عملا صالحا وآخرسيئا، لقي العدو فصدق الله عز وجل حتى قتل قال: فذاك في الدرجه الثالثة، والرابع: رجل مؤمن أسرف على نفسه إسرافا كثيرا، لقي العدو فصدق الله حتى قتل، فذلك في الدرجة الرابعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan yang mati syahid itu ada empat (iaitu): Seorang lelaki mukmin yang baik imannya, dia bertembung dengan musuh dan bersikap benar (akan janjinya) pada Allah lalu terbunuh, itulah seseorang yang manusia lain memandangnya begini -Baginda (atau dia) mengangkat kepala sehingga terjatuh penutup kepala Rasulullah SAW atau penutup kepala Umar-. Golongan kedua, lelaki beriman yang bertembung dengan musuh, dia merasakan seakan-akan bahagian belakangnya dihentam dengan duri pokok. Tiba-tiba datang sebatang anak panah sesat lalu membunuhnya. Yang demikian itu berada pada darjat yang kedua. Golongan ketiga ialah seorang lelaki beriman yang bercampur aduk amalan baik dan amalan buruk. Dia bertembung musuh lalu dia bersikap benar (akan janjinya) pada Allah Azzawajalla sehingga dia terbunuh.” Baginda bersabda: “Yang demikian tadi berada pada darjat ketiga. Golongan keempat pula ialah lelaki beriman yang telah banyak melampaui batas ke atas dirinya sendiri. Dia bertembung dengan musuh, lalu dia bersikap benar (akan janjinya) pada Allah sehingga dia terbunuh. Maka dia berada pada darjat yang keempat.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 983, hadis nombor 5071. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((‌الشهداء ‌أربعة: رجل مؤمن جيد الإيمان، لقي العدو فصدق الله فقتل، فذلك الذي ينظر الناس إليه هكذا: ورفع رأسه حتى سقطت قلنسوة رسول الله صلى الله عليه وسلم، أو قلنسوة عمر. والثاني رجل مؤمن لقي العدو، فكأنما يضرب ظهره بشوك الطلح، جاءه سهم غرب، فقتله، فذاك في الدرجة الثانية. والثالث رجل مؤمن خلط عملا صالحا وآخر سيئا، لقي العدو، فصدق الله عز وجل حتى قتل، قال: فذاك في الدرجة الثالثة. والرابع رجل مؤمن أسرف على نفسه إسرافا كثيرا، لقي العدو، فصدق الله حتى قتل، فذلك في الدرجة الرابعة)). [ت، حم، ع، ((الضعيفة)) (2004)]

(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Golongan yang mati syahid itu ada empat (iaitu): Seorang lelaki mukmin yang baik imannya, dia bertembung dengan musuh dan bersikap benar (akan janjinya) pada Allah lalu terbunuh, itulah seseorang yang manusia lain memandangnya begini -Baginda (atau dia) mengangkat kepala sehingga terjatuh penutup kepala Rasulullah SAW atau penutup kepala Umar-. Golongan kedua ialah lelaki beriman yang bertembung dengan musuh, dia merasakan seakan-akan bahagian belakangnya dihentam dengan duri pokok. Tiba-tiba datang sebatang anak panah sesat lalu membunuhnya. Yang demikian itu berada pada darjat yang kedua. Golongan ketiga ialah seorang lelaki beriman yang bercampur aduk amalan baik dan amalan buruk. Dia bertembung musuh lalu dia bersikap benar (akan janjinya) pada Allah Azzawajalla sehingga dia terbunuh.” Baginda bersabda: “Yang demikian tadi berada pada darjat ketiga. Golongan keempat pula ialah lelaki beriman yang telah banyak melampaui batas ke atas dirinya sendiri. Dia bertembung dengan musuh, lalu dia bersikap benar (akan janjinya) pada Allah sehingga dia terbunuh. Maka dia berada pada darjat yang keempat”.)). [Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya, Musnad Ahmad, dan Musnad Abi Ya’la. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2004]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.