Golongan fakir miskin merupakan sapu tangan kepada golongan kaya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الفقراء مناديل الأغنياء يمسحون بها ذنوبهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Golongan fakir miskin merupakan sapu tangan kepada golongan kaya. Mereka menggunakan sapu tangan tersebut untuk menghapus dosa-dosa mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 62, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أنس مرفوعا، وهو من نسخة موضوعة.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Ia adalah daripada naskah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.