TEKS BAHASA ARAB
الدنيا دول فما كان منها لك؛ أتاك على ضعفك، وما كان منها عليك لم تدفعه بقوتك ومن انقطع رجاؤه فمات استراح بدنه ومن رضي بما رزقه الله قرت عيناه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dunia ini berputar. Jika apa yang ada padanya itu untuk kamu, ia akan datang kepadamu walaupun kamu lemah. Jika apa yang ada padanya itu melawan kamu, kamu tidak akan menolaknya walaupun dengan kekuatanmu. Dan sesiapa yang terputus harapannya terhadap dunia lalu mati, maka jasadnya akan berehat. Dan sesiapa yang reda dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya dirinya dua matanya menjadi sejuk (tenang).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2047, hadis nombor 10300. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الدنيا دُوَلٌ فما كانَ منها لَكَ؛ أتاكَ على ضعفِكَ، وما كانَ منها عليكَ لم تدفعْه بقوتِكَ ومن انقطعَ رجاؤه فماتَ استراحَ بدنُه ومن رضِيَ بما رزقَه اللَّهُ قرَّت عيناهُ.
[الددينوري، ((الضعيفة)) (5636)]
(Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abu Talib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini berputar. Jika apa yang ada padanya itu untuk kamu, ia akan datang kepadamu walaupun kamu lemah. Jika apa yang ada padanya itu melawan kamu, kamu tidak akan menolaknya walaupun dengan kekuatanmu. Dan sesiapa yang terputus harapannya terhadap dunia lalu mati, maka jasadnya akan berehat. Dan sesiapa yang reda dengan rezeki yang Allah kurniakan kepadanya dirinya dua matanya menjadi sejuk (tenang).
[Riwayat al-Dinawari. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5636]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.