Dua ciri yang tidak akan terhimpun bersama di dalam diri seorang mukmin, sifat bakhil dan akhlak yang buruk

TEKS BAHASA ARAB

خصلتان لا يجتمعان في مؤمن، البخل وسوء الخلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua ciri yang tidak akan terhimpun bersama di dalam diri seorang mukmin, sifat bakhil dan akhlak yang buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 181, hadis nombor 924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: ((خصلتان لا يجتمعان في مؤمن، البخل وسوء الخلق)). [خد، ت، الدولابي، ابن الأعرابي، القضاعي، ((الضعيفة)) (1119)]

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua ciri yang tidak akan terhimpun bersama di dalam diri seorang mukmin, sifat bakhil dan akhlak yang buruk.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tirmizi dalam Sunan beliau, al-Dulabi, Ibn al-A’rabi dan al-Quda‘ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1119]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs