Doa paling utama adalah mendoakan kesejahteraan seluruh umat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفضل الدعاء أن يقول العبد: اللهم ارحم أمة محمد رحمة عامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doa yang paling utama adalah apabila seseorang hamba itu menyebut: ‘Ya Allah! Rahmatilah umat Muhammad dengan rahmat yang menyeluruh’.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1441, hadis nombor 7329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: أفضل الدعاء أن يقول العبد: اللهم ارحم أمة محمد رحمة عامة.
[فر، ((الضعيفة)) (2838)]

(Palsu)
Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Doa yang paling utama adalah apabila seseorang hamba itu menyebut: Ya Allah! Rahmatilah umat Muhammad dengan rahmat yang menyeluruh.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2838]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.