Diutuskan seorang lelaki kepada satu tempat untuk satu misi dakwah kepada manusia

TEKS BAHASA ARAB

كان يبعث رجالا إلى البلدان يدعون الناس إلى الإسلام، فقال رجل: لو بعث أبا بكر وعمر، قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أبو بكر وعمر لا غنى عنهما، إن أبا بكر وعمر في الإسلام بمنزلة السمع والبصر من الإنسان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Diutuskan seorang lelaki kepada satu tempat untuk satu misi dakwah kepada manusia. Lelaki itu berkata: Kalaulah yang diutuskan Abu Bakar dan Umar. Rasulullah SAW bersabda: Abu Bakar dan Umar tidak pada untuk misi itu, sesungguhnya mereka berdua ibarat telinga dan mata pada manusia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1832, hadis nombor 9239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن ابن عباس قال: ((كان يبعث رجالا إلى البلدان يدعون الناس إلى الإسلام، فقال رجل: لو بعث أبا بكر وعمر، قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أبو بكر وعمر لا غنى عنهما، إن أبا بكر وعمر في الإسلام بمنزلة السمع والبصر من الإنسان)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، (الضعيفة)) (3269)]

(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Diutuskan seorang lelaki kepada satu tempat untuk satu misi dakwah kepada manusia. Lelaki itu berkata: Kalaulah yang diutuskan Abu Bakar dan Umar. Rasulullah SAW bersabda: Abu Bakar dan Umar tidak pada untuk misi itu, sesungguhnya mereka berdua ibarat telinga dan mata pada manusia. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3269]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs