TEKS BAHASA ARAB
درهم الرجل ينفق في صحته خير من عتق رقبة عند موته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dirham seorang lelaki yang diinfakkannya semasa dia sihat itu lebih baik dari tindakannya membebaskan hamba ketika dia di ambang kematiannya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 879, hadis nombor 4504. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة-رضي الله عنه- مرفوعا: (درهم الرجل ينفق في صحته خير من عتق رقبة عند موته.) [فر، ((الضعيفة)) (3595)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Dirham seorang lelaki yang diinfaq semasa dia sihat itu lebih baik dari tindakannya membebaskan hamba ketika dia di ambang kematiannya.”
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3595]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.