Di manakah malam ketika datangnya siang!

TEKS BAHASA ARAB

عن يعلى بن مرة قال: لقيت التنوخي رسول هرقل إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بحمص، شيخاً كبيراً قد فند. قال: قدمت على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بكتاب هرقل، فناول الصحيفة رجلاً عن يساره. قال: قلت: من صاحبكم الذي يقرأ؟ قالوا: معاوية. فإذا كتاب صاحبي: إنك كتبت تدعوني إلى الجنة عرضها السماوات والأرض أعدت للمتقين، فأين النار؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (سبحان الله! فأين الليل إذا جاء النهار!)


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Ya’la Bin Murrah beliau berkata: Aku telah berjuma dengan Tanukhi, iaitu utusan Heraclius kepada Rasulullah SAW di Homs, seorang tua yang sudah lemah. Dia berkata: Aku datang kepada Rasulullah SAW dengan surat Heraclius, lalu ia diterima seorang lelaki yang berada di sebelah kirinya. Aku berkata: Siapakah sahabat kamu yang membaca? Mereka menjawab: Muawiyah. Maka ia adalah surat sahabatku: Sesungguhnya kamu telah menulis kepadaku memintaku ke syurga yang lebarnya seperti langit dan bumi yang telah dijanjikan bagi orang-orang yang bertaqwa, maka di manakah neraka? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Maha suci Allah! Di manakah malam ketika datangnya siang!


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1685-1686, hadis nombor 8499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Ya'la bin Murrah ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Jarir.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs