TEKS BAHASA ARAB
في كتاب الله – عز وجل – ثماني آيات للعين، لا يقرأها عبد في دار فيصيبهم ذلك اليوم عين إنس أو جن: فاتحة الكتاب سبع آيات، وآية الكرسي آية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Di dalam kitab Allah ‘Azza Wa Jalla terdapat lapan ayat al-Qur’an untuk mata (penawar bagi mata), seseorang tidak akan membaca daripadanya di dalam rumah mereka melainkan mereka akan diserang oleh jin dan syaitan pada hari tersebut: Antara ayat tersebut adalah tujuh ayat daripada surah al-Fatihah dan ayat Kursi.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1183, hadis nombor 5999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عمران – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((في كتاب الله – عز وجل – ثماني آيات للعين، لا يقرأها عبد في دار فيصيبهم ذلك اليوم عين إنس أو جن: فاتحة الكتاب سبع آيات، وآية الكرسي آية)). [فر، ((الضعيفة)) (5911)]
(Munkar)
Daripada ‘Imran RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Di dalam kitab Allah ‘Azza Wa Jalla terdapat lapan ayat al-Qur’an untuk mata (penawar bagi mata), seseorang tidak akan membaca daripadanya di dalam rumah mereka melainkan mereka akan diserang oleh jin dan syaitan pada hari tersebut: Antara ayat tersebut adalah tujuh ayat daripada surah al-Fatihah dan ayat Kursi.
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5911]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.