Daripada Muhammad bin ‘Amr bin ‘Atha’: “Dia duduk di sebuah pasar bersama Ibn ‘Umar dan di sampingnya Salamah bin al-Azraq. Tiba-tiba ada rombongan jenazah yang dibelakangnya terdapat orang-orang yang menangisinya

TEKS BAHASA ARAB

عن محمد بن عمرو بن عطاء: أنه كان جالساً مع ابن عمر في السوق ومعه سلمة بن الأزرق جالس إلى جنبه، فمر بجنازة يتبعها بكاء، فقال ابن عمر: لو ترك أهل هذا الميت البكاء عليه لكان خيراً لميتهم، قال سلمة بن الأزرق: يا أبا عبد الرحمن أتقول هذا؟ قال: نعم؛ أقوله، قال: فإني سمعت أبا هريرة ومات ميت من آل مروان فاجتمع النساء يبكين عليه، قال مروان: قم يا عبد الملك فانههن أن يبكين، قال أبو هريرة: دعهن يا عبد الملك؛ فإنه مات ميت من آل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فاجتمع النساء يبكين عليه، فقام عمر بن الخطاب ينهاهن ويطردهن، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((دعهن يا عمر؛ فإن العين دامعة، والفؤاد مصاب، والعهد قريب)). فقال ابن عمر: أنت سمعت هذا من أبي هريرة؟ قال: نعم؛ قال يأثره عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؟ قال: نعم، قال: فالله ورسوله أعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Muhammad bin ‘Amr bin ‘Atha’: “Dia duduk di sebuah pasar bersama Ibn ‘Umar dan bersamanya Salamah bin al-Azraq yang berada di sebelahnnya. Tiba-tiba ada rombongan jenazah yang diiringi tangisan. Abdullah bin ‘Umar pun berkata: “Seandainya keluarga si mati ini tidak menangis, itu lebih baik buat si mati.” Lalu Salamah bin al-Azraq berkata: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Adakah benar kamu mengatakan sedemikian?” Dia menjawab: “Benar, aku mengatakan sedemikian.” Salamah berkata lagi: Sesungguhnya aku pernah mendengar Abu Hurairah berkata ketika seseorang daripada anggota keluarga Marwan meninggal dunia dan para wanita berkumpul dan menangisinya. Marwan berkata: Bangunlah wahai Abdul Malik, laranglah mereka daripada menangis. Abu Hurairah berkata: Biarkanlah mereka wahai Abdul Malik kerana dahulu ada salah seorang ahli keluarga Nabi SAW meninggal dunia, lalu para wanita berkumpul dan menangisinya. Umar bin al-Khattab pun bangkit dan melarang mereka menangisinya. Maka Rasulullah SAW berkata: ((Biarkan mereka wahai Umar! Kerana mata boleh menangisi, jiwa boleh bersedih dan tempoh kematian masih dekat.)) Ibn ‘Umar berkata: “Apa benar kamu mendengar hadith ini daripada Abu Hurairah?”. Dia berkata (Salamah): “Ya”. Ibn ‘Umar bertanya lagi: “Dia meriwayatkannya daripada Rasulullah SAW?” Jawab Salamah: “Ya”. Dia berkata:”Maka Allah dan rasul-Nya jua lah yang lebih mengetahui.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1738-1739, hadis nombor 8750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن عمرو بن عطاء: أنه كان جالساً مع ابن عمر في السوق ومعه سلمة بن الأزرق جالس إلى جنبه، فمر بجنازة يتبعها بكاء، فقال ابن عمر: لو ترك أهل هذا الميت البكاء عليه لكان خيراً لميتهم، قال سلمة بن الأزرق: يا أبا عبد الرحمن أتقول هذا؟ قال: نعم؛ أقوله، قال: فإني سمعت أبا هريرة ومات ميت من آل مروان فاجتمع النساء يبكين عليه، قال مروان: قم يا عبد الملك فانههن أن يبكين، قال أبو هريرة: دعهن يا عبد الملك؛ فإنه مات ميت من آل رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فاجتمع النساء يبكين عليه، فقام عمر بن الخطاب ينهاهن ويطردهن، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((دعهن يا عمر؛ فإن العين دامعة، والفؤاد مصاب، والعهد قريب)). فقال ابن عمر: أنت سمعت هذا من أبي هريرة؟ قال: نعم؛ قال يأثره عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؟ قال: نعم، قال: فالله ورسوله أعلم. [ن، هـ، ابن خزيمة في ((حديث علي بن حجر))، حب، حم، ((الضعيفة)) (3603)].

(Lemah)
Daripada Muhammad bin ‘Amr bin ‘Atha’: “Dia duduk di sebuah pasar bersama Ibn ‘Umar dan bersamanya Salamah bin al-Azraq yang berada di sebelahnnya. Tiba-tiba ada rombongan jenazah yang diiringi tangisan. Abdullah bin ‘Umar pun berkata: “Seandainya keluarga si mati ini tidak menangis, itu lebih baik buat si mati.” Lalu Salamah bin al-Azraq berkata: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Adakah benar kamu mengatakan sedemikian?” Dia menjawab: “Benar, aku mengatakan sedemikian.” Salamah berkata lagi: Sesungguhnya aku pernah mendengar Abu Hurairah berkata ketika seseorang daripada anggota keluarga Marwan meninggal dunia dan para wanita berkumpul dan menangisinya. Marwan berkata: Bangunlah wahai Abdul Malik, laranglah mereka daripada menangis. Abu Hurairah berkata: Biarkanlah mereka wahai Abdul Malik kerana dahulu ada salah seorang ahli keluarga Nabi SAW meninggal dunia, lalu para wanita berkumpul dan menangisinya. Umar bin al-Khattab pun bangkit dan melarang mereka menangisinya. Maka Rasulullah SAW berkata: ((Biarkan mereka wahai Umar! Kerana mata boleh menangisi, jiwa boleh bersedih dan tempoh kematian masih dekat.)) Ibn ‘Umar berkata: “Apa benar kamu mendengar hadith ini daripada Abu Hurairah?”. Dia berkata (Salamah): “Ya”. Ibn ‘Umar bertanya lagi: “Dia meriwayatkannya daripada Rasulullah SAW?” Jawab Salamah: “Ya”. Dia berkata:”Maka Allah dan rasul-Nya jua lah yang lebih mengetahui.”
[Riwayat al-Nasa’ie dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah dalam hadith Ali bin Hujr, Ibn Hibban dalam Sahihnya dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3603].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.