Celakalah umatku dalam kalangan ulama yang jahat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ويل لأمتي من علماء السوء، يتخذون هذا العلم تجارة يتبعونها من أمراء زمانهم ربحا لأنفسهم، لا أربح الله تجارتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Celakalah umatku dalam kalangan ulama yang jahat. Mereka menjadikan ilmu ini sebagai perniagaan, mereka menjualnya terhadap pemerintah-pemerintah di zaman mereka untuk mendapat keuntungan buat diri mereka, Allah tidak akan memberikan keuntungan terhadap perniagaan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1358, hadis nombor 6928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ويل لأمتي من علماء السوء، يتخذون هذا العلم تجارة يتبعونها من أمراء زمانهم ربحاً لأنفسهم، لا أربح الله تجارتهم.
[فر، ((الضعيفة)) (5235)]

(Lemah)
Daripada Anas RA telah berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Celakalah umatku dalam kalangan ulama yang jahat. Mereka menjadikan ilmu ini sebagai perniagaan, mereka menjualnya terhadap pemerintah-pemerintah di zaman mereka untuk mendapat keuntungan buat diri mereka, Allah tidak akan memberikan keuntungan terhadap perniagaan mereka.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5235]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.