Bulu dalam hidung menyelamatkan daripada penyakit kusta

TEKS BAHASA ARAB

الشعر في الأنف أمان من الجذام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bulu dalam hidung menyelamatkan daripada penyakit kusta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 53, hadis nombor 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
وقد ورد من حديث أبي هريرة وجابر وأنس وعائشة رضي الله عنهم. وكل الطرق ساقها ابن الجوزي في الموضوعات (1/ 167-170). ونقدها. فتعقبه السيوطي في اللآلئ (1/ 122-123) على عادته بما لا طائل تحته وقال: الأشبه أنه ضعيف لا موضوع، وأصلح طرقه طريق رشدين وطريق أبي ربيع السمان، واسمه أشعث بن سعيد، روى له الترمذي وابن ماجة الخ.
قلت: فننظر في خير الطرق عند السيوطي، ثم نحكم على الباقي من خلال التحقيق أما طريق الرشدين فقد أخرجه ابن عدي في الكامل (1011/ 3) ، ومن طريقه ابن الجوزي في الموضوعات (1/ 168) من طريق أبي صالح حدثني الرشدين عن عقيل، عن ابن شهاب، عن أبي سلمى عن أبي هريرة. مرفوعا. فذكره وإسناده ضعيف جدا ورشدين بن سعد ضعفه أحمد وابن معين وأبو زرعة وأبو حاتم، والساجي، وابن القانع، والدارقطني، وغيرهم، وتركه النسائي أما قول السيوطي في اللآلئ (1/122) : ورشدين لم ينته حاله إلى أن يحكم عن حديثه بالوضع أ. هـ‍.
قلت: لا يخفى ما في كلام السيوطي من الخلل، وهل لا يحكم بالوضع إلا على حديث الكذاب وحده؟! والذي يتدبر صنيعه في اللآلئ يجده يستلزم في الغالب أن يوجد في السند كذاب حتى يحكم على الحديث بالوضع، وليس بلازم كما هو معروف، بل الثقة قد يروي الحديث الموضوع، يشبه له والله أعلم. أبو صالح، هو عبد الله بن صالح كاتب الليث، أدركته غفلة الصالحين فكثرت المناكير في حديثه ولذا قال: ابن عدي هذا الحديث منكر بهذا الإسناد وهو غير محفوظ. وقال الشيخ العلامة، ذهبي العصر، المعلم اليماني رحمه الله تعالى في تعليقه على الفوائد المجموعة (475) للشوكاني: إذا كان مثل هذا الخبر فإن متنه منكر، وكذلك سنده إذ تفرد به رشدين عن عقيل، عن ابن شهاب، عن أبي سلمى، عن أبي هريرة مرفوعا ولو تفرد بمثل هذا الثقة، لقالوا: باطل، اعتذروا بأنه أدخل، أو نحو ذلك، مع أنه من رواية أبي صالح عنه، وحال أبي صالح معروفة. أ. هـ‍ . أما طريق أبي الربيع السمان، فقد: أخرجه ابن عدي (1/ 368) ومن طريقه ابن الجوزي (1/ 169) وابن السني وأبو نعيم كلاهما في الطب وأبو يعلى في مسنده والطبراني في الأوسط من طرق عن أبي الربيع السمان حدثنا هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة مرفوعا. به. قال ابن عدي: ((قال لنا عبد الله بن محمد بن عبد العزيز: هذا الحديث عندي باطل.
قلت: وأبو الربيع السمان، اسمه أشعث بن سعيد البصري. كذبه هشيم. وقال ابن معين: ليس بثقة. وتركه الفلاس، والدارقطني، وعلي بن جنيد. والكلام فيه طويل. قال الدارقطني: رأى شعبه يوما راكبا، فقيل: إلى أين؟ فقال: إذهب إلى أبي الربيع السمان، أقول له: لا تكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم.
وقال ابن عدي: وهذا الحديث قد سرقه من أبي الربيع السمان جماعة من الضعفاء، منهم نعيم بن مورع، ويعقوب بن الوليد الودي، ويحيى بن هاشم الغساني، وغيرهم أ. هـ‍. وطريق نعيم بن مورع، أخرجه العقيلي (ق 220/2) ، وابن عدي في ((الكامل)) (7/2481) ، وابن الجوزي (1/170) عنه، عن هشام بن عروة، عن أبيه، عن عائشة. ونعيم هذا قال فيه البخاري: منكر الحديث . وقال النسائي: ليس بثقة. ولذا قال ابن عدي: هذا يعرف بأبي الربيع السمان، وإن كان فيه ضعف، سرقه منه نعيم هذا.
وبالجملة: فإن هذين الطريقين هما خير الطرق باعتراف السيوطي نفسه، وقد سقت لك ما فيها، فما بالك بما غاب عنك والسيوطي رحمه الله متسامح جدا في تعقباته على ابن الجوزي. وكتابه اللآلئ يحتاج إلى مراجعة دقيقة وتحقيق. فعسى أن يتسير ذلك لي، أو لأحد من الناس. والله الموفق. وقد حكم على الحديث بالبطلان يحيى بن معين، والبغوي. وقال ابن حيان: هذا المتن لا أصل له. وسأل أحمد بن حنبل عنه، فقال: ليس من ذا شيء يعني يصح. والله أعلم.

Mawdhu’ (Palsu). Ianya telah diriwayatkan daripada hadith Abu Huraira, Jabir, ‘Anas dan ‘Aishah RA. Kesemuanya sanadnya telah dibawakan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (1/167-170) dan beliau memberikan kritikan terhadap sanad-sanadnya. Sebagaimana biasa, al-Suyuti telah memberikan komentar terhadap beliau (Ibn al-Jawzi) dalam al-La’ali (1/122-123) dengan komentar yang tidak bermanfaat. Al-Suyuti berkata: "Yang hampir adalah ianya dha’if, bukannya madhu’. Sanad yang paling elok adalah sanad Rishdin dan sanad Abu al-Rabi’ al-Samman, nama beliau Ash’ath bin Sa’id. Al-Tirmizi dan Ibn Majah telah meriwayatkan hadith beliau……hingga akhir".
Saya berkata: Kita lihat sanad yang paling baik di sisi al-Suyuti, kemudian kita akan menilai sanad-sanad lain melalui penelitian. Sanad Rishdin, ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (3/1011), juga Ibn al-Jawzi telah mengeluarkannya melalui sanad Ibn ‘Adi dalam al-Mawdhu’at (1/168) melalui sanad Abu Soleh, katanya Rishdin daripada ‘Aqil telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Shihab daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu.Sanadnya terlalu dha’if, Rishdin bin Sa’d telah dinilai dha’if oleh Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Zur’ah, Abu Hatim, al-Saji, Ibn Qani’, al-Daraqutni dan lain-lain. Al-Nasa’ie pula meninggalkan (riwayat) beliau. Berkenaan kata-kata al-Suyuti dalam al-La’ali (1/122): "Rishdin statusnya tidak sampai peringkat boleh dinilai palsu hadith beliau".
Saya berkata: Dalam ucapan al-Suyuti tersebut tidak tersembunyi lagi beberapa kelompangan, adakah tidak boleh dinilai palsu melainkan hadith oleh perawi-perawi pendusta sahaja? Sesiapa yang memerhatikan cara beliau dalam al-La’ali, pasti menemui bahawa beliau menetapkan pada kebiasaannya perlu wujud perawi pendusta dalam sanad untuk menilai sesuatu hadith sebagai palsu. Ianya bukanlah suatu kemestian sebagaimana yang diketahui. Bahkan, perawi Thiqah pun ada meriwayatkan hadith yang Mawdhu’, kerana berlaku kekeliruan padanya. Wallahua’lam.
Manakala Abu Soleh, beliau adalah Abd Allah bin Soleh, penulis kepada al-Laith, beliau terkena sifat lupa orang-orang Soleh (kerana terlalu menumpukan pada ibadah) menyebabkan banyak riwayat-riwayat munkar dalam hadith beliau. Oleh kerana itu, Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini munkar melalui sanad ini, ianya tidak Mahfuz (Terpelihara)". Al-Syeikh al-‘Allamah, Zahabi zaman ini, iaitu al-Mu’allimi al-Yamani r.h dalam komentar beliau bagi kitab al-Fawaid al-Majmu’ah karangan al-Shawkani (475) menyebutkan: "Jika situasi seperti khabar ini, maka matannya adalah munkar. Demikian juga sanadnya kerana Rishdin bersendirian meriwayatkannya daripada ‘Aqil daripada Ibn Shihab daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah secara marfu’. Sekiranya seorang perawi Thiqah seperti ini bersendirian meriwayatkan hadith, pasti mereka (ulama hadith) akan berkata: Batil (Karut) dan mereka beralasan bahawa perawi tersebut telah dimasuki (oleh sesuatu yang bukan hadith) atau alas an-alasan lain.Tambahan pula, ianya daripada riwayat Abi Soleh daripada beliau (RIshdin). Status Abu Soleh sudah makruf…..".
Sanad Abu al-Rabi’ al-Samman pula, ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (1/368), dan oleh Ibn al-Jawzi melalui sanad Ibn ‘Adi (1/169), Ibn al-Sunni dan Abu Nu’aim kedua-dua mereka dalam al-Tibb, Abu Ya’la dalam Musnad beliau serta al-Tabarani dalam al-Awsat melalui sanad Abu al-Rabi’ al-Samman, katanya: Hisham bin ‘Urwah telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada ‘Aishah secara marfu’ hadith tersebut. Ibn ‘Adi berkata: "Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdul ‘Aziz telah berkata kepada kami: Hadith ini adalah Batil (Karut) di sisi kami". Saya berkata: Abu al-Rabi’ al-Samman, nama beliau Ash’ath bin Sa’id al-Basri, Hushaym telah menilai beliau sebagai pendusta. Ibn Ma’in berkata: "Beliau tidak Thiqah". Al-Fallas, al-Daraqutni dan ‘Ali bin al-Junaid telah meninggalkan beliau. Perbahasan tentang beliau adalah panjang lebar. Al-Daraqutni berkata: Suatu hari dilihay Syu’bah menaiki berkenderaan, lalu ditanya kepada beliau: "Mahu kemana?". Syu’bah menjawab: "Aku mahu menemui Abu al-Rabi’ al-Samman, aku mahu katakana kepadanya: Jangan berdusta atas nama Rasulullah SAW".
Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini telah dicuri (maksudnya mendakwa mendengar hadith sedangkan tidak) daripada Abu al-Rabi’ al-Samman oleh segolongan dalam kalangan perawi-perawi dha’if, antaranya Nu’aim bin Muwarra’, Ya’qub bin al-Walid al-Awdi, Yahya bin Hisham al-Ghassani dan lain-lain". Melalui sanad Nu’aim bin Muwarra’, ianya telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili (hlm. 220/2), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (7/2481), Ibn al-Jawzi (1/170) daripada beliau daripada Hisham bin ‘Urwah daripada ayahnya daripada ‘Aishah. Nu’aim tersebut, al-Bukhari berkata berkenaan beliau: "Munkar al-Hadith". Al-Nasa’ie pula berkata: "Beliau tidak Thiqah". Oleh kerana itu, Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini diketahui melalui Abu al-Rabi’ al-Samman, sekalipun dalam sanadnya ada kelemahan. Nu’aim telah mencuri (dakwa mendengar hadith sedangkan tidak) hadith tersebut daripada beliau….".
Kesimpulannya, sekalipun kedua sanad ini adalah sanad terbaik berdasarkan pengakuan al-Suyuti sendiri dan telah dibawakan kepada anda permasalahan yang terdapat dalam kedua sanad tersebut, jadi untuk apa diberikan perhatian pada sanad yang tidak disebutkan pada anda? Al-Suyuti r.h sangat bermudah-mudah dalam komentar beliau kepada Ibn al-Jawzi dan kitab beliau al-La’ali memerlukan kepada semakan yang mendapat dan penuh perhatian. Semoga Allah mempermudahkan urusan tersebut kepada saya atau kepada sesiapa sahaja. Allah lah Pemberi Petunjuk.
Hadith tersebut juga telah dinilai Batil (Karut) oleh Yahya bin Ma’in dan al-Baghawi. Ibn Hibban pula berkata: "Matan ini tidak ada asalnya". Ahmad bin Hanbal pernah ditanya tentangnya, jawab beliau: "Tidak mempunyai nilai", maksudnya (tidak) sahih. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.