Bukankah masa ini semuanya adalah esok?

TEKS BAHASA ARAB

أو ليس الدهر كله غدا؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukankah masa ini semuanya adalah esok?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1286, hadis nombor 6582. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جعال بن سراقة الضمري رضي الله عنه قال: قلت لرسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوجه إلى أحد: إنه قيل لي: إنك تقتل غدا؟ فقال: أو ليس الدهر كله غدا؟
[أبو موسى في ((الصحابة))، ((الضعيفة)) (5234)]

(Lemah)
Daripada Ju’al bin Suraqah al-Dhamri RA telah berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW ketika baginda sedang menuju ke arah Bukit Uhud: Sesungguhnya dikatakan kepadaku: Engkau akan terbunuh esok? Baginda bersabda: Bukankah masa ini semuanya adalah esok?
[Riwayat Abu Musa dalam al-Sahabah oleh Ibn Qani’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5234]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.