Bersiap sedialah kamu untuk menuju ke arah kampung ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تجهزوا إلى هذه القرية الظالم أهلها – يعني: خيبر -؛ فإن الله فاتحها عليكم إن شاء الله، ولا يخرجن معي ضعيف، ولا مضعف. فانطلق أبو هريرة إلى أمه فقال: جهزيني؛ فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أمرنا بالجهاز للغزو، فقالت: تنطلق وتتركني، وقد علمت أني ما أدخل المرفق إلا وأنت معي؟ فقال: ما كنت لأتخلف عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأخرجت ثديها فناشدته بما رضع من لبنها، فأتت رسول الله صلى الله عليه وسلم سراً فأخبرته، فقال: انطلقي فقد كُفيتِ. فأتاه أبو هريرة فأعرض عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: يا رسول الله! قد أرى إعراضك عني؛ لا أرى ذلك إلا لشيء بلغك؟ قال: أنت الذي تناشدك أمك، وأخرجت ثديها تناشدك بما رضعت من لبنها، فلم تفعل، أيحسب أحدكم إذا كان عند أبويه أو أحدهما أن ليس في سبيل الله؟ بلى هو في سبيل الله إذا برهما وأدى حقهما. قال أبو هريرة: لقد مكثت بعد ذلك سنتين ما أغزو، حتى ماتت. وخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم من المدينة ليلاً فساروا؛ معه فتى من بني عامر على بكر له صعب، فجلس يسير فجفل من ناحية الطريق والناس فوقع بعيره في حفرة فصاح: يا لعامر! فارتكس هو وبعيره، فجاء قومه فاحتملوه. وسار رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى أتى خيبر، فنزل عليها فدعا الطفيل بن عامر بن الحارث الخزاعي فقال: انطلق إلى قومك فاستمدهم على أهل هذه القرية الظالم أهلها، فإن الله سيفتحها عليكم إن شاء الله. قال الطفيل: يا رسول الله! تبعدني منك والله لأن أموت وأنا منك قريب أحب إليّ من الحياة وأنا منك بعيد، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنه لابد مما لا بد منه فانطلق فقال: يا رسول الله! لعلي لا ألقاك فزودني شيئا أعيش به، فقال: أتملك لسانك؟ قال: فماذا أملك إذا لم أملك لساني؟ قال: أتملك يدك؟ قال: فماذا أملك إذا لم أملك يدي؟ قال: فلا تقول بلسانك إلا معروفا، ولا تبسط يديك إلا ألى خير. قال ابن عكرمة : وجدت في كتاب أبي عبدالرحيم بخطه في هذا الحديث: وقال له نبي صلى الله عليه وسلم: أفش السلام، وابذل الطعام، واستح الله بما تستحي رجلا من أهلك ذي هيئة، ولتحسن خلقك، وإذا أسأت فأحسن، فإن الحسنات يذهبن السيأت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersiap sedialah kamu untuk menuju ke arah kampung ini yang mana penduduknya adalah zalim – iaitu: Khaibar – Kerana sesungguhnya Allah akan membukanya ke atas kamu In sha Allah. Dan janganlah keluar bersamaku seseorang yang lemah atau dilemahkan. Lalu Abu Hurairah pun bergegas menuju ibunya lalu berkata: Persiapkanlah aku, kerana Rasulullah SAW telah memerintahkan kami untuk bersedia ke arah peperangan. Lalu ibunya berkata: Kamu ingin pergi dan meninggalkan aku? Sedangkan kau tahu yang aku tidak pernah masuk ke dalam bilik air melainkan engkau ada bersamaku? Maka Abu Hurairah berkata: Tidak mungkin aku menyelisihi arahan Rasulullah SAW Kemudian ibunya mengeluarkan buah dadanya sambil menggesa Abu Hurairah dengan apa yang dia telah susukan daripada susu badannya. Kemudian ibunya pergi bertemu dengan Rasulullah SAW secara sembunyi dan memberitahu kepada baginda. Akhirnya baginda berkata: Pulanglah kamu kerana telah cukup bagi kamu. Kemudian Abu Hurairah datang kepada Nabi SAW lalu baginda berpaling daripadanya. Abu Hurairah bertanya: Wahai Rasulullah, aku melihat kamu berpaling daripadaku. Aku tidak merasakannya kecuali disebabkan sesuatu yang telah sampai kepadamu. Lalu kata Nabi SAW: Kamu adalah orangnya yang mana ibu kamu memanggilmu, lalu dia mengeluarkan buah dadanya dan menggesamu dengan apa yang telah dia susukan kamu daripada susu badannnya, namun kamu tidak melakukannya. Apakah salah seorang kamu menyangka sekiranya dia berada di sisi ibu bapanya atau salah seorang mereka maka dia tidak berada di jalan Allah? Bahkan dia dianggap berada di jalan Allah sekiranya dia berbuat baik kepada keduanya serta menunaikan hak keduanya. Lalu Abu Hurairah berkata: Aku pun kekal (tidak pergi berjihad) setelah itu selama dua tahun dan tidak menyertai peperangan, sehinggalah ibuku meninggal dunia.
Kemudian Rasulullah SAW keluar daripada Madinah pada suatu malam dan mereka pun bergerak. Dan bersama dengan baginda seorang anak muda dari kalangan Bani ‘Amir di atas ruang yang penuh dengan kesukaran. Lalu dia pun duduk dan memulakan perjalanan dan dia berhenti seketika di tepi jalan bersama dengan orang ramai. Tiba-tiba haiwan tunggangannya terjatuh ke dalam sebuah lubang lalu dia pun menjerit. Alangkah malangnya ‘Amir, maka dia dan haiwannya pun cuba untuk naik. Maka datanglah kaumnya lalu mereka memikulnya. Rasulullah SAW meneruskan perjalanan sehinggalah baginda sampai ke Khaibar dan menetap di sana. Kemudian baginda memanggil al-Thufail bin ‘Amir bin al-Haris al-Khuza’ie, lalu baginda berkata: Pergilah kamu kepada kaum kamu dan mintalah pertolongan daripada mereka untuk kita berhadapan dengan penduduk kawasan ini yang zalim orangnya. Kerana Allah akan membukanya ke atas kamu In sha Allah. Kemudian al-Thufail berkata: Wahai Rasulullah, adakah engkau menjauhkan diriku daripada kamu? Demi Allah, sekiranya aku mati dalam keadaan aku berhampiran dengan kamu itu lebih aku sukai berbanding aku mati dalam keadaan berjauhan dengan kamu. Maka Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ia merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Maka beliau (al-Thufail) pun bergerak (menuju ke arah kaumnya). Kemudian dia berkata: Wahai Rasulullah, boleh jadi aku tidak akan bertemu lagi denganmu, maka berikanlah bekalan kepadaku untuk aku hidup dengannya. Baginda berkata: Adakah kamu memiliki lidah kamu? Al-Thufail berkata: Apa lagi yang aku miliki kalau aku tidak memiliki lidahku sendiri? Baginda bertanya lagi: Adakah kamu memiliki tangan kamu? Al-Thufail menjawab: Apa lagi yang aku miliki kalau aku tidak memiliki tanganku sendiri? Baginda berkata: Janganlah kamu mengucapkan dengan lidah kamu melainkan ucapan yang baik dan janganlah kamu menggunakan tangan kamu melainkan ke arah kebaikan sahaja.
Ibn Abu Karimah berkata: Aku menjumpai dalam kitab Abu Abd al-Rahim dengan tulisannya berkenaan dengan hadis ini. Nabi S.A.W bersabda kepadanya: Sebarkanlah salam, berilah makanan, malulah kepada Allah sebagaimana malunya kamu kepada seorang lelaki dalam kalangan ahli keluargamu yang mempunyai kedudukan, perelokkanlah akhlak kamu, dan apabila kamu melakukan keburukan, buatlah kebaikan (sesudahnya), kerana sesungguhnya kebaikan itu memadamkan kejahatan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 152 hadis nombor 769. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تجهزوا إلى هذه القرية الظالم أهلها – يعني: خيبر -؛ فإن الله فاتحها عليكم إن شاء الله، ولا يخرجن معي ضعيف، ولا مضعف. فانطلق أبو هريرة إلى أمه فقال: جهزيني؛ فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أمرنا بالجهاز للغزو، فقالت: تنطلق وتتركني، وقد علمت أني ما أدخل المرفق إلا وأنت معي؟ فقال: ما كنت لأتخلف عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأخرجت ثديها فناشدته بما رضع من لبنها، فأتت رسول الله صلى الله عليه وسلم سراً فأخبرته، فقال: انطلقي فقد كُفيتِ. فأتاه أبو هريرة فأعرض عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: يا رسول الله! قد أرى إعراضك عني؛ لا أرى ذلك إلا لشيء بلغك؟ قال: أنت الذي تناشدك أمك، وأخرجت ثديها تناشدك بما رضعت من لبنها، فلم تفعل، أيحسب أحدكم إذا كان عند أبويه أو أحدهما أن ليس في سبيل الله؟ بلى هو في سبيل الله إذا برهما وأدى حقهما. قال أبو هريرة: لقد مكثت بعد ذلك سنتين ما أغزو، حتى ماتت. وخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم من المدينة ليلاً فساروا؛ معه فتى من بني عامر على بكر له صعب، فجلس يسير فجفل من ناحية الطريق والناس فوقع بعيره في حفرة فصاح: يا لعامر! فارتكس هو وبعيره، فجاء قومه فاحتملوه. وسار رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى أتى خيبر، فنزل عليها فدعا الطفيل بن عامر بن الحارث الخزاعي فقال: انطلق إلى قومك فاستمدهم على أهل هذه القرية الظالم أهلها، فإن الله سيفتحها عليكم إن شاء الله. قال الطفيل: يا رسول الله! تبعدني منك والله لأن أموت وأنا منك قريب أحب إليّ من الحياة وأنا منك بعيد، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنه لابد مما لا بد منه فانطلق فقال: يا رسول الله! لعلي لا ألقاك فزودني شيئا أعيش به، فقال: أتملك لسانك؟ قال: فماذا أملك إذا لم أملك لساني؟ قال: أتملك يدك؟ قال: فماذا أملك إذا لم أملك يدي؟ قال: فلا تقول بلسانك إلا معروفا، ولا تبسط يديك إلا ألى خير. قال ابن عكرمة : وجدت في كتاب أبي عبدالرحيم بخطه في هذا الحديث: وقال له نبي صلى الله عليه وسلم: أفش السلام، وابذل الطعام، واستح الله بما تستحي رجلا من أهلك ذي هيئة، ولتحسن خلقك، وإذا أسأت فأحسن، فإن الحسنات يذهبن السيأت. [طب، ((الضعيفة)) (6786)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Bersiap sedialah kamu untuk menuju ke arah kampung ini yang mana penduduknya adalah zalim – iaitu: Khaibar – Kerana sesungguhnya Allah akan membukanya ke atas kamu In sha Allah. Dan janganlah keluar bersamaku seseorang yang lemah atau dilemahkan. Lalu Abu Hurairah pun bergegas menuju ibunya lalu berkata: Persiapkanlah aku, kerana Rasulullah SAW telah memerintahkan kami untuk bersedia ke arah peperangan. Lalu ibunya berkata: Kamu ingin pergi dan meninggalkan aku? Sedangkan kau tahu yang aku tidak pernah masuk ke dalam bilik air melainkan engkau ada bersamaku? Maka Abu Hurairah berkata: Tidak mungkin aku menyelisihi arahan Rasulullah SAW Kemudian ibunya mengeluarkan buah dadanya sambil menggesa Abu Hurairah dengan apa yang dia telah susukan daripada susu badannya. Kemudian ibunya pergi bertemu dengan Rasulullah SAW secara sembunyi dan memberitahu kepada baginda. Akhirnya baginda berkata: Pulanglah kamu kerana telah cukup bagi kamu. Kemudian Abu Hurairah datang kepada Nabi SAW lalu baginda berpaling daripadanya. Abu Hurairah bertanya: Wahai Rasulullah, aku melihat kamu berpaling daripadaku. Aku tidak merasakannya kecuali disebabkan sesuatu yang telah sampai kepadamu. Lalu kata Nabi SAW: Kamu adalah orangnya yang mana ibu kamu memanggilmu, lalu dia mengeluarkan buah dadanya dan menggesamu dengan apa yang telah dia susukan kamu daripada susu badannnya, namun kamu tidak melakukannya. Apakah salah seorang kamu menyangka sekiranya dia berada di sisi ibu bapanya atau salah seorang mereka maka dia tidak berada di jalan Allah? Bahkan dia dianggap berada di jalan Allah sekiranya dia berbuat baik kepada keduanya serta menunaikan hak keduanya. Lalu Abu Hurairah berkata: Aku pun kekal (tidak pergi berjihad) setelah itu selama dua tahun dan tidak menyertai peperangan, sehinggalah ibuku meninggal dunia.
Kemudian Rasulullah SAW keluar daripada Madinah pada suatu malam dan mereka pun bergerak. Dan bersama dengan baginda seorang anak muda dari kalangan Bani ‘Amir di atas ruang yang penuh dengan kesukaran. Lalu dia pun duduk dan memulakan perjalanan dan dia berhenti seketika di tepi jalan bersama dengan orang ramai. Tiba-tiba haiwan tunggangannya terjatuh ke dalam sebuah lubang lalu dia pun menjerit. Alangkah malangnya ‘Amir, maka dia dan haiwannya pun cuba untuk naik. Maka datanglah kaumnya lalu mereka memikulnya. Rasulullah SAW meneruskan perjalanan sehinggalah baginda sampai ke Khaibar dan menetap di sana. Kemudian baginda memanggil al-Thufail bin ‘Amir bin al-Haris al-Khuza’ie, lalu baginda berkata: Pergilah kamu kepada kaum kamu dan mintalah pertolongan daripada mereka untuk kita berhadapan dengan penduduk kawasan ini yang zalim orangnya. Kerana Allah akan membukanya ke atas kamu In sha Allah. Kemudian al-Thufail berkata: Wahai Rasulullah, adakah engkau menjauhkan diriku daripada kamu? Demi Allah, sekiranya aku mati dalam keadaan aku berhampiran dengan kamu itu lebih aku sukai berbanding aku mati dalam keadaan berjauhan dengan kamu. Maka Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ia merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Maka beliau (al-Thufail) pun bergerak (menuju ke arah kaumnya). Kemudian dia berkata: Wahai Rasulullah, boleh jadi aku tidak akan bertemu lagi denganmu, maka berikanlah bekalan kepadaku untuk aku hidup dengannya. Baginda berkata: Adakah kamu memiliki lidah kamu? Al-Thufail berkata: Apa lagi yang aku miliki kalau aku tidak memiliki lidahku sendiri? Baginda bertanya lagi: Adakah kamu memiliki tangan kamu? Al-Thufail menjawab: Apa lagi yang aku miliki kalau aku tidak memiliki tanganku sendiri? Baginda berkata: Janganlah kamu mengucapkan dengan lidah kamu melainkan ucapan yang baik dan janganlah kamu menggunakan tangan kamu melainkan ke arah kebaikan sahaja.
Ibn Abu Karimah berkata: Aku menjumpai dalam kitab Abu Abd al-Rahim dengan tulisannya berkenaan dengan hadis ini. Nabi S.A.W bersabda kepadanya: Sebarkanlah salam, berilah makanan, malulah kepada Allah sebagaimana malunya kamu kepada seorang lelaki dalam kalangan ahli keluargamu yang mempunyai kedudukan, perelokkanlah akhlak kamu, dan apabila kamu melakukan keburukan, buatlah kebaikan (sesudahnya), kerana sesungguhnya kebaikan itu memadamkan kejahatan.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6786].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.