TEKS BAHASA ARAB
اصطفوا وليتقدمكم في الصلاة أفضلكم، فإن الله يصطفي من الملائكة ومن الناس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Beradalah dalam saf dan hendaklah yang terbaik dalam kalangan kalian maju (menjadi imam) kalian dalam solat. Kerana sesungguhnya Allah Azzawajalla melakukan pilihan daripada kalangan malaikat dan manusia.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 563, hadis nombor 2920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن واثلة بن الأسقع، قال: قال ﷺ: «اصْطَفُّوا وَلْيَتَقَدَّمْكُمْ فِي الصَّلَاةِ أَفْضَلُكُمْ، فَإِنَّ اللهَ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ وَمِنَ النَّاسِ». [طب، وفي ((مسند الشامين))، ((الضعيفة)) (7017)].
(Sangat Lemah) Daripada Wathilah bin al-Asqa‘, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Beradalah dalam saf dan hendaklah yang terbaik dalam kalangan kalian maju (menjadi imam) kalian dalam solat. Kerana sesungguhnya Allah Azzawajalla melakukan pilihan daripada kalangan malaikat dan manusia.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan Musnad al-Shāmiyyīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7017].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.